Pengakap Smaasza Siap Siaga

Pengakap Smaasza Siap Siaga!

Friday 13 January 2012

Mesyuarat Agong Sesi 2012

 Pasukan Kelana


 Pelajar Pengakap Perempuan yang berhemah

 Memberi sokongan kepada mereka yang dicalonkan.

 2 orang guru penasihat : Pn Wan Nabilah Ismail dan Pn Wan Rozita Wan Ibrahim

Pelajar yang sentiasa ceria dalam membantu menjayakan aktiviti pasukan.

Monday 20 June 2011

Perkhemahan Perdana SMAASZA 2011

peserta pengakap lelaki

Pada 16-19 Jun,Perkhemahan Perdana peringkat SMAASZA telah berlangsung dengan jayanya.Seramai 30 orang peserta lelaki dan 30 orang peserta perempuan telah menyertai perkhemahan perdana tersebut.Dalam pada itu,kontinjen Pengakap SMAASZA telah muncul johan dalam beberapa aktiviti,antaranya ialah masakan rimba,membina model menara dan mendapat tempat ketiga dalam pentarafan tapak perkhemahan.Peserta perempuan pula mendapat tempat ketiga dalam pertandingan gubahan rimba,lukisan rimba dan usungan.

Laporan Aktiviti Pengakap Selasa,14 Jun 2011

Baru-baru ini,Persekutuan Pengakap SMAASZA telah mengadakan perjumpaan ahli untuk pendafataran nama peserta perkhemahan perdana SMAASZA yg akan berlangsung 2 hari selepas itu.Dalam pada itu,guru pemimpin Pengakap SMAASZA,Puan Fatimah telah membahagikan tugas-tugas kepada peserta-peserta perkhemahan.Selain itu,Puan Fatimah telah membahagikan beberapa pertandingan yg patut disertai oleh peserta perkhemahan.Peserta lelaki telah diarahkan untuk menyertai pertandingan masakan rimba,ikatan,tressure hunt dan membina model menara,manakala peserta perempuan pula diarahkan untuk menyertai pertandingan gubahan rimba,usungan,balutan dan tressure hunt.Objektif perjumpaan ini adalah sebagai langkah persediaan untuk perkhemahan perdana.

Disediakan oleh:
Abdul Fattah

Tuesday 31 May 2011

PERJUMPAAN AHLI....

Cikgu Fatimah sedang memberi taklimat kepada ahli

Ustaz Ku Apwa bersama guru praktikal..




Cikgu Fatimah yang gigih


Cikgu Wan Nabilah bt Wan Ismail dan Cikgu Rohaya Embong

Abdul Fatah Farhan sedang emmperkatakan sesuatu.